Kategori

Pertandingan Memancing.

Pihak KOSPEK akan menganjurkan satu pertandingan memancing di Pantai Sepat Kuantan pada 27 Februari 2010, jam 8.00 pagi – 1.00 tengahari. Yuran penyertaan sebanyak RM75.00 dikenakan. Penyertaan mula dibuka pada 18 Januari 2010 sehingga 27 Februari 2010. Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Ahmad Norizan di talian 012-9814850 / Cik Bayti di talian 09-5163758 / Cik Hastini di talian 09-5130578 / En. Bani di talian 012-9091624.

So ..sapa yg suka memancing ..sila lah daftar. Kalau tak nak memancing, ambil gambar aje lah ..

D’Loyal Roadshow D Kuantan

Ms Hua dari D’Loyal akan buat roadshow

Tarikh : 28 Disember 2009

Masa : 8 malam

Tempat : Office IB Resource, Tingkat 3, Kuantan Centre Point (Office dR.Ali)

Untuk pertanyaan sila hubungi 0127780030 ms hua atau    0139221096 – sani (bukan kristal)

Jom beramai-ramai ke sana.

Event-event

EVENT 1 ::
Sexy Gal & Fast Car Shooting
Date : 9th Aug 2009
Details : 3 Female Models from SGX-Faces Modeling Agency
Associate by Nikonian Academy
Payment : RM85 per photographer
Last 5 slot left,
Pls confirm your seat url below :-
MORE click HERE
—————————————————————————————————————
EVENT 2 ::
Nissan Treasure Hunt 2009 PJ – Kuantan
Date : 15 & 16 August 2009
Nissan Treasure Hunt 2009 PJ – Kuantan
ETCM Treasure Hunt 2009 is promoted and organized by Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM)
CoC: YS KHONG
Details : The event shall start from ETCM Showroom at Lot 9, Jalan Kemajuan, 46200, Petaling Jaya on Saturday 15 August 2009 at 7.30 am, and finish at Swiss Garden Resort & Spa Kuantan, on the same day at approximately 3.30pm. In addition to the motorized treasure hunt, the event shall include a 2 days/1 night accommodation on twin-share basis, prize presentation dinner on Saturday 15 August 2009, and breakfast on Sunday 16 August 2009
Payment : Registration fee is RM100.00 per adult and RM50.00 per child (4-12 years), which includes a 2D/1N stay at the Swiss Garden Resort & Spa Kuantan, inclusive of a Prize Presentation Dinner, breakfast the next day, and goody bags
MORE click HERE
—————————————————————————————————————
EVENT 3 ::
Malaysian Bridal Fair
Date : 4 Sept – 6 Sept 2009
Detail : “LOVE IS IN THE AIR” Fashion 1-Stop Exhibition (F1-S).
Our Grand Opening falls on 5th September with special guest YB Chang Hong Seong with featuring International Model Amber Chia, Astro Host Jojo Goh, and also Malaysia famous singer Atilia Haron
Place : Berjaya Megamall Kuantan
More Detail :
—————————————————————————————————————
Writer,
Admin

Persatuan Jurufoto Kuantan di Sinar Harian

Keratan akhbar Sinar Harian 9 Julai 2009

Pendaftaran

Ingin menyertai ahli-ahli Persatuan Jurufoto Kuantan (Gadingfoto) ?

Anda boleh dapatkan maklumat seperti borang pendaftaran keahlian di ruangan DOWNLOAD BORANG KEAHLIAN .

Sila print dan hantarkan kepada kami beserta gambar bersaiz pasport dan yuran keahlian sebanyak RM30 setahun.

Bayaran yuran tahunan

Yg telah menjadi ahli pada/sebelum tahun 2007 – Bayar yuran tahunan 2008 & 2009 = RM 20.00
Yg telah menjadi ahli pada tahun 2008 – Bayar yuran tahunan 2009 = RM 10.00
Yg belum menjadi ahli -  Bayar yuran pendaftaran & yuran tahun 2009 = RM 30.0

Memartabatkan Seni Fotografi Kelas Dunia

Assalamu’alaikum & selamat sejahtera kepada semua ahli Persatuan Jurufoto Kuantan dan juga kepada bakal bakal ahli.

Terima kasih kerana mengunjungi laman web ini.

Inilah GadingFoto.com, satu tapak asas dimana usaha memartabatkan seni fotografi tempatan di mata dunia. Satu visi yang jauh telah kita tetapkan yang mana ia mungkin hanya dapat dicapai dengan penyertaan dan kesepaduan yang jitu daripada teman teman peminat fotografi sekelian.

Tidak kira anda ini baru memegang kamera, sudah lama atau langsung tidak mempunyai apa jenis kamera pun, anda layak untuk menjadi ahli Persatuan Jurufoto Kuantan. Asalkan minat dan visi anda ialah dalam bersama sama memartabatkan seni fotografi tempatan sehingga ia dapat dipanggil “World Class Photography“.

Barisan AJK Persatuan Jurufoto Kuantan telah merangka berbagai program dan aktiviti untuk menuju kearah visi tersebut. Insya-Allah, anda semua akan menikmati hasil sokongan anda kepada Persatuan dalam seberapa segera.  Melalui laman web ini, anda boleh merujuk, mendapatkan info dan berita terkini berkaitan dengan aktiviti fotografi disekitar Kuantan khususnya dan diseluruh Malaysia amnya.

Terima kasih kepada barisan AJK terdahulu, tanpa mereka maka tiadalah wujudnya Persatuan ini. Semoga, dengan kekuatan AJK baru, ketelusan dalam semua urusan, kemudahan penggunaan teknologi dan sokongan padu dari ahli, insya-Allah.. Persatuan ini akan membuka langkah yang lebih jauh dimasa yang akan datang.

Terima kasih.

Mohd. Azraie Azahari (Rejim)
Presiden
Persatuan Jurufoto Kuantan